Selasa, 27 April 2021

MPU21032 ETIKA DAN PERADABAN

 PERPADUAN DAN KESIHATAN


NAMA PENSYARAH : USTAZ MOHD FAIZAL BIN MAT PESA 

NAMA AHLI KUMPULAN :


NAMA : SITI NURAISYAH BINTI RAHIM
NO MATRIKS : 14DAT20F2061



NAMA : FARAH KHAIRIAH KHAIRUDDIN
NO MATRIKS :14DAT20F2017 



NAMA : NUR AZREEN BINTI ZAINI
NO MATRIKS : 14DAT20F2059



NAMA : GAYATHRI A/P SUPPAYA
NO MATRIKS : 14DAT20F2053




   PERPADUAN DAN KESIHATAN

PENGENALAN

Malaysia mempunyai variasi kaum yang hidup dalam komuniti yang aman dan harmoni. Kepelbagaian kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India yang hidup bagai aur dengan tebing menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik di rantau ini. Oleh itu,bagi memupuk perpaduan bagi masyarakat Malaysia,kesihatan dan kesejahteraan diri harus diperkukuhkan. Perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat penting bagi menjamin kesihatan dan hidup yang sihat.






APAKAH MAKSUD KESIHATAN DAN PERPADUAN ?

  • Kesihatan bermaksud  keadaan sempurna dari segi fizikal,mental dan sosial dan tidak hanya seketika ketiadaan sakit. 
  • Dalam erti kata lain, kesihatan dapat didefinisikan sebagai kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.
  • Perpaduan bermaksud penyatuan yang dipamerkan oleh sesebuah masyarakat atau kumpulan yang merujuk kepada perhubungan sosial yang mengaitkan antara sesama manusia (berlainan kaum,bangsa dan agama).
  • Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan dengan kerjasama antara organisasi dalam bidang kesihatan dalam memastikan masyarakat dengan tidak membezakan agama,bangsa dan kaum bagi memastikan kita semua dapat mengecapi kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. 
  • Struktur bidang perubatan ini juga lazimnya terdiri daripada pakar-pakar dan staf yang berlainan bangsa dan agama, bersama-sama berkongsi kepakaran dan kemahiran bagi memastikan kesihatan masyarakat terjamin. 
  • Hal ini juga dapat menjelaskan bahawa di sinilah titik permulaan perpaduan dan kesihatan ini berlaku.







OBJEKTIF

  • Memupuk kesedaran mengenai amalan hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.
  • Menggalakkan persekitaran yang sihat serta mengurangkan penularan penyakit.
  • Meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan rakyat Malaysia.
  • Memupuk sikap positif dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap kesihatan.




ISI-ISI DAN CONTOH


1) Kebersihan hidup berjiran 

  • Dalam masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan yang hidup berjiran, kebersihan sering menjadi topik utama dalam perbualan setiap masyarakat mahupun kaum. Jikalau ada Kawasan perumahan yang tidak bersih atau berlaku pencemaran, ia boleh menimbulkan penyakit berbahaya seperti demam denggi dan kencing tikus. Oleh itu, ia boleh menyebabkan pergaduhan atau permusuhan antara kaum kerana masyarakat akan saling menunding jari antara satu sama lain.
  • Seterusnya perpaduan antara kaum semakin pudar. Disebabkan itu persekitaran yang bersih menjamin kehidupan yang sihat dan masyarakat hidup dengan aman dan harmoni. Oleh itu, perbalahan mahupun pergaduhan antara kaum dapat dielakkan.
  • Sebagai contoh, di era norma baru yang sedang kita hadapi sekarang ini, disebabkan penularan virus covid-19 perpaduan juga dapat dicipta melalui Kerjasama barisan hadapan dan juga masyarakat tidak kira kaum bersama-sama menjalankan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mencegah virus ini tular dengan lebih pesat.
  • Melalui perpaduan ini, Malaysia dapat dilihat sebagai negara yang makmur dan harmoni dengan masyarakat pluraliti dan itu tidak menjadikan ia satu beban atau masalah tetapi ia mampu menjana negara ini sebagai sebuah negara hebat. Di samping itu, ia dapat membasmi penyakit berbahaya juga permusuhan antara kaum mahupun negara kerana sifat perkauman adalah musuh utama negara.






2) Sektor ekonomi

  • Dalam sektor ekonomi, ahli perniagaan tidak kira bangsa sama ada Melayu, Cina atau India yang dermawan juga memberikan sumbangan yang besar dalam penjagaan kesihatan. Mereka berganding bahu bersama masyarakat dalam menjayakan sebuah program sumbangan kebajikan kepada yang memerlukan. Contohnya, memberikan perkhidmatan perubatan, keperluan asas harian dan sedikit bantuan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan.
  • Selain itu, ahli perniagaan ini juga turut mengadakan ceramah pendedahan tentang kesihatan bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat berbilang kaum. Hal ini sekaligus, dapat memperkukuh perpaduan masyarakat di samping mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan penyakit kronik serta dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat.
  • Aspek perpaduan dan kesihatan kekal sebagai teras utama dalam membangunkan sebuah negara yang maju. Penambahbaikan dalam penjagaan kesihatan ditumpukan kepada menangani keperluan penduduk yang kurang mendapat perkhidmatan, menambah baik sistem penyampaian kesihatan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dan mempergiat kerjasama dengan sektor swasta dan NGO.









3) Khidmat penjagaan kesihatan

  • Kesihatan yang baik adalah penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Oleh itu, Kerajaan terus komited untuk mencapai akses sejagat kepada penjagaan kesihatan berkualiti dalam tempoh Rancangan dengan meneruskan usaha untuk menambah baik asas sistem kesihatan. Setiap rakyat Malaysia akan mempunyai akses yang sama kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti pada kos yang berpatutan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan awam atau swasta. Aspirasi ini akan direalisasikan melalui meningkatkan sokongan yang bersasar, khusunya bagi masyarakat yang kurang mendapat akses kepada perkhimatan.
  • Akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti, terutamanya di kawasan dan masyarakat yang kurang mendapat liputan di bandar dan luar bandar akan diperluas. Ini termasuk peluasan perkhidmatan kepada isi rumah miskin dan berpendapatan rendah, Orang Asli di Semenanjung Malaysia, dan kawasan luar bandar dan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
  •  Langkah ini termasuk menempatkan lebih ramai pakar dalam bidang perubatan dan kesihatan serta personel berkemahiran, mewujudkan lebih banyak kemudahan penjagaan kesihatan di kawasan yang amat memerlukan, dan mengembangkan program jangkauan kesihatan. Sebagai contoh, pasukan penjagaan kesihatan bergerak, perkhidmatan doktor udara, dan sukarelawan kesihatan kampung akan diperluas di kawasan pedalaman.


    


 4) Perkhidmatan hospitaliti dan klinik

  • Seperti yang kita sedia maklum, jika ada masyarakat yang sakit sudah tentu klinik atau hospital yang akan menjadi tempat kunjungan untuk memeriksa masalah kesihatan dan mandapatkan ubat. Tidak kira apa bangsa klinik dan hospital akan manjadi tempat rujukan setiap rakyat dalam mendapatkan rawatan terhadap sebarang masalah kesihatan yang dihadapi. Begitu juga dengan pegawai yang bertugas sama ada doktor, jururawat, pembantu hospital dan semua kakitangan hospital akan memastikan pesakit yang datang akan diberikan rawatan.
  • Suasana ini berlaku di semua klinik dan hospital di Malaysia dan ianya sesuatu yang menjadi detik perpaduan dikalangan rakyant yang mesti diteruskan malah dibanggakan. sebagai doktor ataupun jururawat, mereka tetap akan merawat pesakit yang datang walaupun berlainan bangsa dan agama kerana itulah tugas mulia yang harus semua rakyat berbangga khususnya ketika sesuatu wabak penyakit berjangkit melanda negara
  • Oleh itu, masyarakat tidak perlu bimbang hidup dalam negara Malaysia kerana rakyatnya yang tidak membezakan bangsa serta agama dalam segala urusan. Masyarakat tidak perlu takut untuk berinteraksi dengan bangsa yang berbeza kerana kerajaan sentiasa memupuk sifat bertolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain. Dalam kes ini, kita dapat bekerjasama dalam mengurangkan penularan penyakit berbahaya.





Kepentingan Kesihatan Dalam Menyatupadukan Kaum

  • Wujud sikap saling mengambil berat dan bantu-membantu sesama kaum.
  • Meningkatkan kesejahteraan rakyat tanpa mengira perbezaan kaum.
  • Mendisiplinkan masyarakat dalam mementingkan kebersihan dan menjaga antara satu sama lain.
  • Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan tidak mementingkan diri.
  • Negara akan menjadi harmoni dengan adanya rakyat yang bersatu padu dan ekonomi negara akan berkembang di persada dunia.





CONTOH AKTIVITI KESIHATAN YANG DIJALANKAN DI MALAYSIA DALAM MENINGKATKAN PERPADUAN



  •  Hari Sukan Negara



  • Kempen Derma Darah



  • Kempen Nak Sihat !




  • Larian Amal 



  • Program Badan Sihat Minda Cergas





KESIMPULAN


Dalam setiap perbincangan ini, dapat kita lihat perkaitan antara kesihatan dan perpaduan. Kesihatan dan perpaduan saling melengkapi kerana dengan adanya perpaduan antara masyarakat, segala masalah dapat dihadapi bersama. Sebagai analoginya, kes covid-19 yang baru-baru ini merebak ke seluruh negara seperti cendawan tumbuh selepas hujan dapat diredakan di negara kita dengan kerjasama rakyat yang patuh akan arahan pemimpin. Mereka bekerjasama dalam mengikut ‘SOP’ yang ditetapkan serta mengikut perintah kawalan pergerakan. Di sini kita dapat lihat kerjasama ini telah mewujudkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan mampu mengelakkan kes semakin menular walaupun bukan pulih sepenuhnya.



LAMPIRAN 









 





Sekian sahaja daripada kumpulan kami , jika ada pertanyaan atau komen boleh sertakan di bawah , terima kasih sudi meluangkan masa membaca blog kami. Sokongan semua amat dihargai 💓💓











25 ulasan:

  1. Ringkasan yang menarik..dan isi yang jelas 🥰

    BalasPadam
  2. Congrats ! Good information .

    BalasPadam
  3. WAHHHHH PENERANGAN YANG BAGUS!!!

    BalasPadam
  4. Maklumat yang jelas dan ringkas!

    BalasPadam
  5. maklumat yang jelas.Terbaik👍👍👍

    BalasPadam
  6. Maklumat yang bagus Dan tepat.

    BalasPadam
  7. Good information
    Isi yang mantap padat
    I like it.good job pretty nar

    BalasPadam
  8. Ulasan yg sgt baik dan menarik perhatian sye untuk membace btw gudluck ecah and the geng

    BalasPadam
  9. wah..info dan maklumat yang bertepatan dengan keadaan masa kini...tahniah anak muda teruskan memberi maklumat yang berguna kepada generasi yang akan datang..✨👍

    BalasPadam
  10. Isi menarikk😍keep it up👍🏻

    BalasPadam

MPU21032 ETIKA DAN PERADABAN

  PERPADUAN DAN KESIHATAN NAMA PENSYARAH : USTAZ MOHD FAIZAL BIN MAT PESA  NAMA AHLI KUMPULAN : NAMA : SITI NURAISYAH BINTI RAHIM NO MATRIKS...